Tuesday, August 4, 2009

PANDEMIK INFLUENZA(H1 N1 )

APA YANG ANDA PERLU TAHU?

PANDEMIK INFLUENZA adalah kejadian wabak influenza yang menyerang sebahagian besar penduduk dunia.Ia berlaku akibat dari virus influenza A baru (novel) yang mana penduduk dunia tidak mempunyai daya ketahanan badan bagi melawan virus tersebut.

KETAHUI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
-Demam kuat melebihi 38c
-Sakit tekak
-Sakit kepala
-Letih dan lesu
-Sakit-sakit badan
-Batuk teruk,tidak berkahak pada peringkat awal

KETAHUI SUHU BADAN YANG NORMAL
Suhu badan yang normal adalah berbeza bergantung kepada tempat di mana bacaan suhu di ambil.
-Mulut 35c ke 37.5c
-Telinga 35.8c ke 38c
-Ketiak 34.7c ke 37.3c
-Rektum 36.6 ke 38c

TINDAKAN YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA ANDA MENGALAMI TANDA DAN GEJALA INFLUENZA
Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit influenza,anda dinasihatkan :

a)Makan ubat demam seperti paracetamol
b)Banyakkan minum air
c)Berehat secukupnya
d)Elakkan mengambil alkohol dan merokok
e)Jangan mengunjungi tempat awam atau majlis keramaian untuk jangkitan kepada orang lain
f)Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin

AWASI GEJALA YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA ORANG DEWASA
-Mengalami demam berpanjangan melebihi 5 hari
-Sukar bernafas walaupun semasa berehat
-Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
-Sakit dada apabila menarik nafas
-Batuk tanpa kahak
-Walaupun rasa sudah pulih,tiba-tiba kembali mengalami demam dan sukar bernafas
-Kelihatan keliru
-Tidak sedarkan diri

AWASI TANDA-TANDA KECEMASAN YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA KANAK-KANAK

-Mengalami masalah kesukaran bernafas
-Bibir bertukar menjadi kebiru-biruan
-Tidak bermaya atau tidak boleh bergerak
-Tidak aktif,kurang bertindak atau sukar untuk bangun dari tidur
-Mengalami ketegangan di tengkuk
-Kelihatan keliru/Mengalami sawan/Tidak kencing dalam tempoh 12jam

SUMBER DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
-

No comments:

BULETIN SEMASA SEKOLAH

Buletin semasa ini mengandungi aktivti semasa sekolah dan berita terkini dari pihak pentadbiran